Sunday 10 February 2013

Pembuka bicara

Salam kasih kepada semua pembaca,

Ini sedikit kata-kata aluan bagi pembuka cerita ku pada masa akan datang.Mulanya aku ingin menulis blog adalah sedang mengikuti pengajian digital seni,terbuka hati aku untuk menulis diari hidupku melalui blog.Aku tidak pandai menulis mahupun petah berkata namun blog adalah salah satu cara untuk aku berkongsi perasaan dan mendapat lebih ramai kawan.
Semestinya mungkin aku akan ceritakan dalam blog ini dengan fokus kepada kehidupan,kehidupan yang dipenuhi dengan perasaan cinta dan kasih kepada sesama insan.
Setiap insan empunya kisah silam tersendiri,mahupun sedar ataupun tidak kisah hidup banyak membentuk diri kita sendiri.Kadang bila berfikiran waras kita mahukan menjadi hamba yang Soleh ataupun Solehah,namun bila di uji dengan masa sedikit sahaja,hati mulalah goyah.Goyah yang bagaimana,kita sendri pasti akan tahu pabila kita muhasabah diri.

Secara asasnya kehidupan tidak lari dari pilihan.Apakah pilihan yang kita buat benar ?
Apakah kita boleh memilih mahupun terpaksa memilih ? Inilah yang di namakan kehidupan.
Seperti aku juga , setengah perkara aku masih boleh memilih tapi dalam setengah perkara aku terpaksa memilih.Apa yang di maksudkan dengan "PILIH" ikuti kisah aku seterusnya .

Aku juga memegang kata-kata seorang bijak pandai agar aku terus tabah melalui kehidupan ini.Kata-kata itu akan aku kongsikan pada post yang akan datang.Secara rasminya pada 10 Feb 2013 aku akan menjadikan Blog ni sebagai diari hidup aku.

Nukilan,
Ika