Sunday 2 June 2013

Azam baru - Paksa diri

Memaksa diri melakukan sesuatu yang tidak digemari adalah amat payah.Tapi demi kesihatan aku terpaksa akui untuk bangun dan bertindak.Jadi pada pembaca yang agak berat untuk lakukan sesuatu paksa diri mungkin salah satu cara yang dapat membantu pada pandangan aku.Azam baru langkah pertama dan hari pertama telah berjaya dengan memaksa diri

  1. Jogging
  2. Tidak tidur petang
  3. Makan nasi separuh
Hah?? Makan nasi separuh ? Biar betul....
Memanglah maka nasi separuh sebab nasi tu xsedap..Nasi ala2 chicken chop,aku memang kurang sikit sebab ayam die ni die goreng.Makanan bergoreng ni memang sekarang dah tidak sesuai buat aku lagi setelah menghadapi masalah  " acute tonsilitis " dan terpaksa banyak minum air masak supaya tidak perlu dibedah..
Penyakit ni kata doktor aku perlu buang tonsil supaya tidak merebak ke buah pingang. Pape pun aku tunggulah keputusan bulan 7 ni..Moga Allah sembuhkan kesihatan aku dan aku menghadapi beberapa penyakit lain yang akan aku ceritakan kemudian dan bagaimana timbulnya isu untuk turunkan berat badan sedangkan aku bukanlah seorang yang kisah sangat akan tentang berat atau besar badan.

Harap ditetapkan hati untuk meneruskan misi diet pada hari seterusnya.
Tapi yang pelik kenapa mata mengantuk selepas joging ek??