Sunday 2 June 2013

Azam-Hari kedua

Assalammualaikum...

Hari ni hari pertama buat aku untuk hadir ke  kuliah pertama.Hati aku rasa berdebar entah kenapa sedangkan ini sudah semester ke empat dan bukanlah semester pertama yang perlu aku debarkan..
Sementara menunggu pensyarah aku masuk ke lab,sempat lagi aku menulis blog untuk hari ni.

Masuk class pada waktu tengahari amatlah mengantuk apatah lagi hari ni adalah hari kedua azam aku baru bermula.hmmm.. Hari aku aku berjaya solat subuh..Alhamdulillah itupun hampir tak sempat namun aku bersyukur kerna Allah beri aku ruang untuk menunaikan solat subuh yang menjadi ibadat wajib bagi semua umat islam.

Aku bahagia dengan diri aku kini (lega) kerana aku mampu mendekatkan diri kepada Allah.Sesungguhnya mendekatkan diri pada Allah adalan satu perkara yang benar yang perlu kita akui iaitu ketenanganb akan menghampiri kita.Namun bagi istiqomah dan menetapkan hati untuk terus menjadi muslimah adalah amat payah kecuali pada orang yang Kusyuk..

Moga Allah beri aku peluang dan mengurniakan aku rahmat agar ditetapkan hati ini terus mendekatinya.Sesungguhnya aku sayang pada Allah,Allah sentiasa bersamaku saat susah mahupun senang walaupun aku bukanlah hamba Allah yang baik.Aku berharap aku boleh menjadi seorang hamba Allah yang mentaati perintahnya.Amin..

Kerisauan  menunggu pensyarah aku Puan Suhana amatlah ternanti-nanti.Aku sendiri tidak pasti apakah perasaan yang berlaku pada aku akhir-akhir ini.Adakah disebabkan menghadapi tekanan sehinggakan aku tidak tahu situasi sebenar diri aku.Apa-apa pun aku doakan yang terbaik buat aku,kedua ibu bapaku adik ku dan seluruh pembaca blog ni,Moga kita menjadi insan terpilih untuk berada di sisi Allah.

Dan siapalah kita untuk bersedih kerana sesungguhnya dugaan dan ujian hamba Allah terdahulu lebih berat dari kita.Teruskan kuatkan hati dan sentiasalah tersenyum.. :)